∞♥ K I N D ∆ F N ♥∞
Story Me Buddies



HI!THANKS FOR VISIT.



Fall in love with FIXI




FIXI dah tak asing lagi dengan bebudak remaja zaman sekarang. tak FIXI mesti LEJEN kann?
siapa yang kaki novel tu memang tak sah kalau tak sentuh buku ni. farrah terjebak pun daripada
 kak nia. haritu pergi rumah kaknia, nampak buku buku sepesen cam ni dok tersusun kat rak
buku tarik lah satu buku puisi tepi jalan, takberapa minat sangat. hanya belek jea lepastu tarik satu
buku ni label dia FIXI judul dia KELABU menarik sangat nak baca dengan satu judul pastu cover dia memang cantik dengan kulit warna coklat layan lah buku tu sampai habes dan memang layan jalan 
cerita dia lain dari novel yang selama ni farrah baca. lepas dari kelabu baca pulak CERPEN.
tu pun sama memang fall in love terus.

Dari dua novel tu lah terus terjebak nak beli FIXI sendiri. tapi bukan diri sendiri yang beli lah.
kirim dengan dayah sazihan dia belikan 3 novel ini. masa ni tanya kawan lah farah amira novel apa yang best sebab dia memang kaki FIXI. dia cadangkan ASRAMA dengan MURTAD. AWAN tu random pick oleh dayah. soo gambar ni menunjukkan farrah start dengan membaca yang mana dulu.




First asrama
sebab pilih asrama tajuk dia confirm pasal asrama kan pastu seram sikit tu yang nak baca dulu tu
dan cerita dia memang seram farrah takbaca waktu malam novel ni haha cerita dia orang kata tergantung tapi bagi farrah taklaa sebab kalau sambung lagi nak jadi apa ? dia dah mati kan. takkan nak sambung de lagi heroin kedua dok tolong roh dia pulak selamat. makin panjang pastu nanti mesti sama macam yang pertama.




second murtad
sebab orang cakap murtad best nak laa baca dulu kan dari awan . mula mula takpaham jugak cerita ni
sebab macam takpercaya ada kerjaya macam ni lagi satu dia guna bahasa utagha lagi laa pening cheq nak paham hihi dah boleh tangkap bahasa utagha sikit sikit boleh laa paham lepastu sempat lah dok bayang pame yang jadi hero cmni haha bukan sebab rupa ka sama ni sebab pame utagha.




last awan.
ni kesinambungan dari AJAIB. okayy farrah takbaca pun ajaib tu lagi tapi dah order nak beli ajaib
yang ni sumpah best gila satu bahasa dia bahasa orang muda muda tk clishe sangat
kedua sebab berlaku kat kuantan soo macam boleh imaginasi lebih laaa farrah kan orang kuantan
ketiga logik dan taklogik pun ada dua benda lelaki kena rogol dan liwat dan de orang boleh baca minda dan nampak tettt haaa yang tu lah menyebabkan teringin nak baca sampai habes
the ending cerita ni buat farrah menangis ! the relationship the bond the feeling of kasih sayang sebagai kawan
i love that soo much and for @yo_sapit you did well :D
haaa farrah pun dah jumpe kat twitter jelah tapi dan berkenalan sikit lah dengan writer awan ni. 

and next novel yang farrah dah beli online kat  http://fixi.com.my/ ni sebab tengah promosi kan 
6buah buku RM84 sahaja.
sebelum nak purchase kena laa daftar akaun dulu untuk menyenangkan proses pembelian.
senarai buku yang farrah beli
- BABI
- SAKA
- KACAU
- KELABU
- AJAIB
- SERONOK

kepada yang belum pernah baca buku camni
 cuba lah satu buku hmm farrah cadangkan baca KELABU dulu lah okayy
byebye :)









Post a Comment